|
Dalam usaha untuk menyokong dan memantapkan lagi aktiviti pembelajaran, pengajaran serta penyelidikan di UPM, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah memperkenalkan satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pustakawan Penghubung. Pustakawan Penghubung akan berterusan membantu pelajar, staf akademik dan staf bukan akademik di setiap fakulti, sekolah dan institut.
Melalui program ini, PSAS telah melantik seorang Pustakawan yang akan bertanggungjawab secara langsung ke atas fakulti, sekolah dan institut yang diwakili. Program ini antara lain bertujuan :
1. Membantu pelanggan dalam pencarian maklumat melalui telefon atau e-mel.
2. Menjalin kerjasama dan memupuk persefahaman dua hala antara PSAS dan fakulti, sekolah, institut dan pusat.
3. Mendidik pelanggan cara mengakses, mengenal pasti dan menilai bahan daripada pelbagai sumber untuk memenuhi keperluan maklumat.
4. Menjalankan sesi latihan teknik pencarian maklumat khusus.
5. Menyediakan Program Literasi Maklumat untuk pelajar baharu.
6. Membantu dalam mempertingkatkan perkembangan koleksi dalam bidang masing-masing.
7. Memastikan keperluan pengajaran dan pembelajaran seluruh warga UPM dipenuhi.
|