Oleh : Norfaezah Khomsan
Serdang, 22 Mei - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) menerima 3 orang pegawai melalui sesi lawatan kerja dari IRIS Institute (Interdisciplinary Research & International Strategy Institute).
Pelawat diketuai oleh Encik Wafiq Azman dan pegawai dari Knowledge Management Center IRIS Institute. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan pilihan sistem bagi mengurus pengetahuan dan penerbitan di IRIS Institute. Ketua Bahagian Korporat dan Latihan Staf, Puan Nur Azleen Hasan mengalu-alukan kehadiran pelawat dan menyampaikan taklimat ringkas mengenai PSAS. Manakala perkongsian berkaitan ketersediaan sistem dan portal terkini telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, Encik Muizzudin Kaspol. Perbincangan dua hala telah berlangsung selama tiga jam dengan pelbagai dapatan menarik berkaitan sistem KOHA, EPrints dan OpenKM.
Perkongsian dan perbincangan dua hala berkaitan sistem pengurusan bahan Perpustakaan
Perkongsian dan perbincangan dua hala berkaitan sistem pengurusan bahan Perpustakaan
Sesi pertukaran cenderahati IRIS Institute dan Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | j_mohdshahril
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.