Kursus Bacaan Pantas: Galakan Membaca Berimpak Tinggi | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Kursus Bacaan Pantas: Galakan Membaca Berimpak Tinggi

Kursus Bacaan Pantas: Galakan Membaca Berimpak Tinggi

Oleh: Norfaezah Khomsan

 

Serdang, 25 April - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam usaha menyemarakkan minat membaca dan mencambah program ilmu telah menganjurkan Kursus Bacaan Pantas: Galakan Membaca Berimpak Tinggi dengan objektif untuk mempelajari dan menguasai teknik bacaan pantas dengan berkesan bertempat di Bilik Malawati 2, PSAS.

YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Wahiza Abd. Wahat dari Jabatan Pemajuan Profesional Dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM telah berkongsi teknik bacaan pantas fixation (pengikatan), scanning (mengimbas), skimming (bacaan selayang) dan penguasaan perenggan. Melalui penerangan dan latihan amali sepanjang kursus, teknik bacaan pantas dapat mengurangkan waktu pembacaan dan berfokus kepada kandungan yang penting dan berkaitan sahaja. Bacaan pantas dipandu oleh deria mata dengan meluaskan pandangan kepada teks dan tidak berpatah balik ketika membaca. Antara petua yang baik untuk diamalkan adalah membaca menggunakan penunjuk objek yang nipis.

Para peserta kursus seramai 18 orang telah berjaya mengaplikasikan teknik yang dipelajari dan berkongsi bahan bacaan yang dibaca pada sebelah petang. Menurut penceramah, latihan yang konsisten perlu diterapkan bagi meningkatkan kemahiran penguasaan bacaan pantas. Kursus seumpama dilihat perlu dalam meningkatkan kompetensi kakitangan PSAS dalam membina pasukan pengurusan program galakan membaca yang berimpak.

 

YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Wahiza berkongsi kaedah bacaan pantas kepada perserta kursus

Para peserta memberi tumpuan dalam sesi teori dan praktikal

 

Gambar berkumpulan peserta Kursus Bacaan Pantas: Galakan Membaca Berimpak Tinggi

Tarikh Input: 02/05/2024 | Kemaskini: 02/05/2024 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXFRSAf~