Bilik Rujukan Elektronik

  1. Perkhidmatan dan kemudahan di Bilik Rujukan Elektronik (BRE) hanya untuk pelajar dan kakitangan UPM sahaja. Pelajar/Kakitangan perlu memasukkan ID (No. Matrik) dan Kata Laluan (No. Matrik) untuk menggunakan perkhidmatan komputer ini.
  2. Sekiranya pengguna mempunyai masalah semasa menggunakan komputer di BRE, pengguna boleh mengisi Borang Aduan Perkhidmatan BRE di pautan ini - https://forms.gle/v1mZ4wvwZ6bv5ynNA.
  3. Had masa akses Internet adalah sembilan (9) jam sehari kepada setiap pengguna. 
  4. Penggunaan komputer internet diutamakan untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan sahaja.
  5. Pengguna dilarang melawat laman web berunsur lucah dan sensitif.
  6. Hanya seorang pengguna sahaja dibenarkan mengguna setiap komputer pada satu-satu masa.
  7. Pihak PSAS menghormati hak peribadi setiap pengguna. Walau  bagaimanapun, pihak kami juga berhak untuk memantau penggunaan internet bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.
  8. Pihak PSAS tidak bertanggungjawab kepada keselamatan pertukaran maklumat atau transaksi yang dibuat melalui internet.
  9. Sila berhubung dan dapatkan bantuan dengan Pegawai PSAS Kaunter Pinjaman sekiranya diperlukan.
  10. Pengguna tidak dibenarkan mengubah/mengalih perkakasan komputer/perabot.
  11. Pengguna tidak boleh menggunakan program perisian mereka sendiri untuk mengelakkan virus. Pengguna juga perlu memastikan peranti storan bebas dari virus.